Friday, February 25, 2011

ahhh~ lame siott ak tak update komen kt sni...
sibokk memanjang kt fb..
hoho ~
btw, ak mmg tade mse nak update pape bt mse skung ne..
nak bt tutorial pn tade mse.. adohhh
insyaallah.. t ad mse ak bt lh sumthingg .. tata !

Sunday, February 13, 2011

emm boring day.. brrr
blur jee... hri ne lambt pulak ak onl.. sebok je dgn ps2 ak tu haha
game tembak2 lak tu..
abg ak ntah kemane hari ne.. lewat je balek.. kuar dgn awek dye.. ishhh
esok valentine day.. tapi mane leh sambotkan... lalala bkn nye boley pon...
btw, taya sambot jelah kan..

Saturday, February 12, 2011

today is saturday..

pagi koranggg.. wonderfulday ...
huh.. hari ne mcm sllu.. bgn lewat lg
sungguh malas ak ye. hehe
btw, hari ne ak mmg terase mls pulak nak berblogging neh..
hmm~ t ak update lg ler if rajen ye

Friday, February 11, 2011

haha~ hayy korang.. emm hari ne ak dah lepas interview tadi.. adoyai nebes siot ler haha
bile tpakse bhadapan dgn engineer 3 org tu.. alahai mmg xdpt ak nak bkate pape haha~
mcm2 soalan dorang bagi kt ak..
mcm batu je kepale ak ne.. berat nak bfkr tem tu haha~
yg ak bt jee. ak just diam and tsengih2 cm kerang pecah haha
engineer laki tu tye ak single ke tak.. adoyaiii soalan bonus ke ??
ak jwb je ak xkawen lagi.. wahaha~ die tye ak mse ak nak klua..
xnak tye ke saye single ke tak?? woahhh~ ak mmg xjawab lahh hahha
then ak trus lari je hahhaha
heran je sume kerani dlm office tu.. adoiyaiii ~
sengal je hari ne.. hihi !
pastuh tye ak nak gaji bape 1 hari.. pulak da ak mmg taktau psl gaji2 ne..
dye kate lau dpt nnt diorang koling2 ler.. keje start mst kol 7.. balek kol 10 lak.. woahhh~
sebbek ak tak kawen lgik tau.. hishhh~ sokayyy jnj umh ak mmg xjaoh dri tmpt keje tuh ahahha
wahhh! demand lak ak ne ye.. hehe

Thursday, February 10, 2011

Alexa Rank adalah ranking atau kedudukan yang dibuat oleh Alexa berdasarkan jumlah traffic atau pengunjung pada blog. Rangking atau kedudukan sesebuah blog di Alexa Rank akan berubah setiap hari berdasarkan jumlah visitor yang masuk ke blog tersebut.



Terdapat dua rank yang berbeza, iaitu ranking sesebuah blog kita pada peringkat dunia dan rangking di peringkat Malaysia. Alexa Rank ini juga boleh dilihat berdasarkan jumlah pengguna internet yang menggunakan toolbar Alexa pada browser internet yang mereka gunakan.
Perlu juga diketahui, Alexa Rank berbeza dengan Google Page Rank. Semakin kecil Alexa Ranksebuah blog, maka blog tersebut semakin baik. Berbeza pula dengan Google Page Rank, semakin besar Google Page Rank sebuah blog, maka blog tersebut semakin baik.
Untuk mengetahui berapakah ranking blog kita di Alexa, boleh layari site Alexa.com.

ADAKAH NICHE BLOG MASIH RELEVAN?? =)

Kepada korang-korang yang baru kenal dunia blog ni, tau tak apa itu Niche Blog? Niche Blog ni lebih kurang macam tema blog. Niche atau tema ni tujuannya adalah untuk memudahkan seseorang blogger tu menulis sesuatu yang berkaitan dengan blog tersebut. Contoh niche macam Dunia Permotoran, Perniagaan, Kewangan, Fesyen dan lain-lain. Kebiasaannya Niche ni lebih kepada pengetahuan atau kepakaran seseorang tu. Sebab tu Niche ni dikatakan memudahkan blogger tu untuk mencari idea dan menulis.



Soalan saya….Adakah Niche blog ni masih relevan dengan Dunia Blogging sekarang? Jom kita kongsi pendapat disini. Setelah agak lama saya didalam Dunia Blog ni, kebanyakan blog yang saya jumpa saya tengok kebanyakannya tidak mempunyai Niche yang tertentu, bercampur-campur. Kalau yang berniche pun, lebih kepada kehidupan seharian mereka. Itu pun saya tak pasti adakah mereka sedar atau tidak yang blog mereka bernichekan kehidupan diorang :P
.
Niche atau idea? Yang mana lebih memudahkan didalam penulisan blog? Pada pendapat saya, blog yang mempunyai Niche tertentu ni, sememangnya blogger tu mempunyai pengetahuan yang mendalam didalam satu-satu Niche tersebut. Antara Niche yang memerlukan pengetahuan yang mendalam seperti, Perniagaan, Teknologi atau gadget, Komputer, Jana Wang Internet (bukan MLM yer) dan banyak lagi. Kebiasaannya mereka-mereka yang mempunyai Niche seperti itu selain sekadar berblogging, saya pasti mereka mempunyai satu lagi motif yang amat jelas, iaitu menjana pendapatan dari pengetahuan mereka itu.
.
Pengetahuan mereka itu mereka dapat membuat satu E-Book tentang Niche mereka dimana ianya pasti mendapat sambutan daripada mereka-mereka atau pembaca-pembaca yang sememangnya tercari-cari maklumat tentang perkara atau bidang atau Niche tersebut. Ataupun mereka yang mempunyai Niche sebegini mampu juga memperoleh pendapatan dengan menyediakan khidmat nasihat atau servis. Contoh Niche, pembinaan Laman Web dan teknik SEO. Dan blog-blog yang mempunyai Niche sebegini mempunyai pembacanya yang tersendiri.

TIPS MENINGKATKAN TRAFFIC BLOG KORANG =)

Trafik merupakan perkara yang sering dikejar oleh penulis blog. Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan trafik idaman setiap hari. Pada saat mereka terlalu leka untuk mengejar trafik yang tinggi, mereka lupa bahawa trafik itu disumbangkan oleh pelawat yang datang berkunjung ke blog mereka. Berikut adalah beberapa tips untuk mendapatkan trafik ke blog dengan memahami trend pelawat yang datang ke blog korang.



1) Kenal pasti post yang mendapat tumpuan. Terdapat beberapa cara untuk mengetahui post yang mendapat tumpuan para pelawat. Pertama adalah dengan melihat respon yang ada pada post berkenaan samada melalui komen yang bernas dan sebagainya. Selain itu, kita juga boleh mengenal pasti jumlah hits atau views setiap post yang kita tulis dan kenal pasti post yang menjadi kegemaran ramai.
.
2) Bereksperimentasi dengan pelbagai jenis post. Setelah kita mengenal pasti post yang sering mendapat tumpuan pelawat, adalah penting untuk kita mencuba genre-genre post yang baru agar pelawat tidak berasa bosan. Ia juga sebagai salah satu cara untuk menguji dan menemui trend pelawat ke blog anda. Dengan cara itu, kandungan di blog akan mempunyai lebih variasi dan mempunyai pelbagai golongan pelawat ke blog anda.
.
3) Kenal pasti dari mana sumber trafik anda. Perkara ini agak penting untuk mengekalkan trafik yang mantap di blog. Setelah mengenal pasti dari mana datangnya sumber trafik di blog anda, gunakan dengan berhemah dan bijak. Jangan sampai sumber trafik utama itu menjadi layu dikemudian hari. Contohnya sumber trafik yang terbaik bagi jomblogger.com buat masa ini adalahblogwalking dan juga facebook. Cuba belajar bagaimana untuk mendapatkan trafik daripada sumber-sumber bekenaan dengan berkesan. Untuk mengenal pasti sumber trafik, statistik nuffnang boleh digunakan atau mungkin anda boleh menampal feedjit di blog anda.
.
4) Kalau nak memahami pelawat, tanya la pelawat itu sendiri. Cara yang paling mudah tetapi terbukti berkesan. Jika anda mahu memahami pelawat di blog anda, sila tanya sendiri kepada mereka.