Thursday, February 10, 2011

ADAKAH NICHE BLOG MASIH RELEVAN?? =)

Kepada korang-korang yang baru kenal dunia blog ni, tau tak apa itu Niche Blog? Niche Blog ni lebih kurang macam tema blog. Niche atau tema ni tujuannya adalah untuk memudahkan seseorang blogger tu menulis sesuatu yang berkaitan dengan blog tersebut. Contoh niche macam Dunia Permotoran, Perniagaan, Kewangan, Fesyen dan lain-lain. Kebiasaannya Niche ni lebih kepada pengetahuan atau kepakaran seseorang tu. Sebab tu Niche ni dikatakan memudahkan blogger tu untuk mencari idea dan menulis.



Soalan saya….Adakah Niche blog ni masih relevan dengan Dunia Blogging sekarang? Jom kita kongsi pendapat disini. Setelah agak lama saya didalam Dunia Blog ni, kebanyakan blog yang saya jumpa saya tengok kebanyakannya tidak mempunyai Niche yang tertentu, bercampur-campur. Kalau yang berniche pun, lebih kepada kehidupan seharian mereka. Itu pun saya tak pasti adakah mereka sedar atau tidak yang blog mereka bernichekan kehidupan diorang :P
.
Niche atau idea? Yang mana lebih memudahkan didalam penulisan blog? Pada pendapat saya, blog yang mempunyai Niche tertentu ni, sememangnya blogger tu mempunyai pengetahuan yang mendalam didalam satu-satu Niche tersebut. Antara Niche yang memerlukan pengetahuan yang mendalam seperti, Perniagaan, Teknologi atau gadget, Komputer, Jana Wang Internet (bukan MLM yer) dan banyak lagi. Kebiasaannya mereka-mereka yang mempunyai Niche seperti itu selain sekadar berblogging, saya pasti mereka mempunyai satu lagi motif yang amat jelas, iaitu menjana pendapatan dari pengetahuan mereka itu.
.
Pengetahuan mereka itu mereka dapat membuat satu E-Book tentang Niche mereka dimana ianya pasti mendapat sambutan daripada mereka-mereka atau pembaca-pembaca yang sememangnya tercari-cari maklumat tentang perkara atau bidang atau Niche tersebut. Ataupun mereka yang mempunyai Niche sebegini mampu juga memperoleh pendapatan dengan menyediakan khidmat nasihat atau servis. Contoh Niche, pembinaan Laman Web dan teknik SEO. Dan blog-blog yang mempunyai Niche sebegini mempunyai pembacanya yang tersendiri.

No comments: